Sudah pukul 11.33 malam... ahad

Selang beberapa hari aku tak tulis apa-apa... Saja terfikir kali ni nak tulis dalam bahasa melayu... Hanya enam hari lagi, untuk kita sama-sama meraikan hari konvokesyen di UiTM Shah Alam... Tak sabar betul aku nak balik!!!

Memang cara aku tulis ni, macam... skema sikit... hahaha, susah betul nak tulis... kali terakhir aku tulis dalam BM adalah semasa aku tulis karangan masa di temubual di BNM... Sejak hari tu, aku tak dengar lagi berita dari mereka... Hm...

Esok ada ujian akauns... Ah, malas betul aku nak baca... Mula-mula, subjek ni antara subjek yang aku susah nak faham... konsepnya semua berbeza dengan apa yang kita belajar dulu... sini lebih rumit... pastu, ada tambah lagi jenis akaun yang berlainan... urgh....

Lagi satu, sini memang sibuk... mula-mula sebelum aku datang sini, aku ingatkan tempat ni relax sikit... rupanya terbalik.. hahaha, aku sendiri susah nak ikut kelas kat sini... dah berapa kelas dah aku tak pergi... untuk kelas aktuari lagilah aku tak tau.... sampai sekarang tak pernah faham apa yang diorang ajar....

Masa pun pantas berlalu... Tak sempat pun, aku nak cuba mengingati apa yang aku telah belajar sebelum ni... Tak sabar pun nak cuti... Memang susah... Sampai sekarang aku fikir nak lulus je, subjek tu... itupun tak tau boleh ke tak...

Selepas peperiksaan akauns esok petang, baru lega sikit... pastu ujian ekonomi pulak hari jumaat... itupun bolehlah... subjek yang paling aku selesa dengan....

Ah...

Khas untuk Steven Vermeeren...

0 bites:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates